Wednesday, March 23, 2011

Tsunami di Jepun-kuasa ALLAH S.W.T dan kebenaran AL-QURAN


Sekarang ni hangat orang dok memperkatakan tentang isu tsunami dan gempa bumi di Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari Jumaat yang lalu.

Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H

Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.

Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.

Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..

Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam

Tuesday, March 22, 2011

berita wilayah kita


Memo Editor
Kemudahan IT perlu untuk pendidikan 

KAMPUNG WAKAF – Perkembangan pesat dunia teknologi sekarang, tidak lagi membeza-bezakan antara mereka yang berada di bandar mahu pun di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kemudahan teknologi maklumat (IT) perlu diberi pendedahan kepada golongan muda sekarang dalam membantu meningkatkan prestasi akademik mereka.

Beliau berkata, ini kerana kemudahan itu memberikan banyak manfaat kepada mereka dari segi mencari maklumat serta menambahkan ilmu yang diajar oleh guru di sekolah.

“Bagaimanapun, pemantauan harus dilakukan golongan dewasa kerana kemudahan itu juga boleh mendedahkan mereka kepada perkara yang tidak berfaedah kerana konsepnya yang menyeluruh dan terbuka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menyampaikan Sumbangan tiga unit komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di Pejabat Markaz Al-Aitam, di sini, semalam.

Menurutnya, dengan adanya komputer tersebut, dapat digunakan oleh mereka di situ dalam meningkatkan lagi mutu pelajaran mereka, dan berkongsi ilmu dengan semua yang ada tanpa mengira darjat.

Sementara itu, Setiausaha Pejabat Markaz Al-Aitam, Nik Yusuf Nik Abdullah berkata, pihaknya bersyukur kerana ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada markas mereka itu.

“Kami di sini, sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak yang ingin menyumbangkan apa sahaja dalam usaha membangunkan sekolah anak-anak yatim itu pada masa akan datang, demi kecemerlangan pendidikan,” katanya.

Nik Yusuf berkata, sokongan dan doa orang ramai kepada anak-anak yatim akan menjadikan mereka lebih kuat untuk mengharungi kehidupan ini, walaupun tanpa ibu bapa di sisi masing-masing.

Saturday, March 5, 2011


Bebaskan diri dari belenggu hutang

Hidup ini sebenarnya kita berhutang dengan Tuhan. Kita berhutang nyawa dan segala kesenangan yang kita dapat. Kita berhutang rezeki kenyang yang kita nikmati hari-hati. Kita juga berhutang setiap desah nafas yang kita tarik dan kita lepaskan dari lubang hidung, yang juga kita pinjam daripada Tuhan yang meminjamkan kita nyawa.
Sekiranya kita pening kepala dengan hutang material yang mengelilingi diri, kita juga harus takut dengan hutang kita kepada Tuhan. Ini adalah hutang yang tidak boleh dibayar semula. Hutang ini akan dibawa kembali menemui-Nya.
LBiasanya hutang kita nampak depan mata, itulah yang kita terkejar-kejar nak bayar. Alasannya takut, tetapi hutang yang kita tak sedar, tak nampak, itu juga patut kita bayar. Ada banyak jalan boleh kita bayar semua hutang itu tapi kita masih lengahkan... buat-buat tak tahu... kononnya kita bebas hutang.
Tidak dinafikan kita banyak berhutang solat. Waktu solat masa kita remaja, ketika uzur dan sewaktu dalam perjalanan. Ini belum termasuk waktu solat sunat, solat fardu yang wajib pun kita culas.
Bagaimana kita hendak bayar hutang-hutang ini? Hutang fardu kifayah, fardu ain, hutang perasaan pada ibu bapa, pada keluarga, adik beradik, jiran-jiran, pada teman-teman... Mahukah kita menipu diri sendiri?
Menipu diri sendiri samalah seperti kita menipu pada Tuhan. Bayangkan kalau umur kita pendek dan belum sempat membayar hutang-hutang itu. Padahal kita sudah berjanji dengan Pencipta kita pada saat nyawa dimasukkan ke tubuh, akan menjadi hamba-Nya yang baik, patuh pada suruhan-Nya.
Apabila rakan saya Sophia di FB memberi komen isu ini, saya terpana seketika. Tulisnya; walaupun kita banyak berhutang kepada-Nya, namun kasih sayang dan Rahmat Allah tetap tidak putus. Setiap hari ada sahaja nikmat diberikan. Setiap saat, kita terus diberi kesempatan meneruskan hidup ini.
Mengapa? Kerana Allah SWT tetap memberi kita peluang bertaubat, menyesali dan berdoa berharap hanya kepada-NYA. Kita patuh pada suruhan-Nya. Namun, masih ramai tidak ambil peluang yang diberikan sedangkan Allah amat suka bila hambanya merayu dan berdoa kepada-Nya. Sesungguhnya janji-NYA tidak pernah dusta sepertimana janji-janji manusia. Risiko menanggung hutang ini antaranya disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham. (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Bagi keturunan Adam kehidupan dunia bukanlah akhir dari kehidupan, Kehidupan dunia adalah pembuka menuju kehidupan setelah kehidupan. Kehidupan setelah kematian ini yang akan muncul sebagai kehidupan yang kekal. Kehidupan yang diawali dengan perjumpaan dengan Rabbul Alamin.
Maka ketahuilah setiap nafas kita adalah satu langkah menuju perjumpaan dengan Allah SWT. Hari di mana manusia harus berhadapan dengan Rabbul Alamin. Saat itu semakin dekat dan tidak bisa diundur–undur terkecuali semakin dekat.